Ada suara yang mengungkapkan: "Boring la hidup ini!" Kalimah "bosan" dilontarkan jauh-jauh dengan harapan ia tidak wujud dalam kamus hidupnya.
Hakikatnya itulah jiwa yang kosong.Jiwa yang sifar matlamat.Jiwa itulah yang juga nanti akan berpegang dengan budaya hedonisme demi menghiburkan hati dan mengisi kekosongan jiwa semata-mata.
Seorang lelaki bekerjaya akan terkejar-kejar agar tanggungjawabnya sebagai khalifah dapat dilaksanakan dengan cemerlang dan pada masa yang sama juga dia sibuk mengumpul syer-syer akhirat.Dunia dan akhiratnya disepadukan.
Jiwa yang kaya akan sibuk hinggakan masa yang ada terasa tidak mencukupi.Ingatlah bahawa manusia mempunyai misi penting setelah di lahirkan didunia.Mereka hamba, mereka jualah pemimpin (khalifah). Ingatlah firman Allah S.W.T yang bermaksud "Tidak aku jadikan jin dan manusia kecuali untuk beribadah (Surah al-Dhariyat 51:56)
Allah juga berfirman yang bermaksud "Ingatlah ketika tuhanmu berfirman kepada para malaikat : Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi " (Surah Al-Baqarah 2:30)
Dua misi inilah yang akan membuat kan kita begitu sibuk di dunia sehingga tidak punya masa untuk bergelumang maksiat
Nota kaki :
Hedonisme :- Hedonisme (daripada perkataan bahasa Greek: o69;δονισμa2;ς hēdonismos: kemeriahan, daripada o69;δονή hēdonē: keseronokan) merupakan fahaman falsafah bahawa keseronokan merupakan matlamat utama dalam hidup.hedonisme kini telah menular di kalangan remaja bukan saja di dalam negara malaysia, malah masalah ini telah menjadi masalah di peringkat global dan masih lagi dipandang enteng oleh pihak-pihak berkuasa
http://hakaluka.blogspot.com/2010/12/boring-bosan.html
Lelaki Kiriman Tuhan (Part 2)
5 years ago