Pages

Wednesday, April 28, 2010

being a BIOMEDICAL ENGINEER

You Know You're a Biomedical Engineer When…:

* Patients can't live without us, Doctors as well :)

* Doctors run In hospitals, We RUN hospitals!

* A Mechanical Engineer studies motion, A Biomed cares for a Safe motion
* A Civil Engineer links columns, a Biomed links bones
* An Electrical Engineer design regulators, A Biomed design pacemakers: the regulators of
your heart beats
* A Computer Engineer process Digital computer signals, a Biomed decipher the brain complex
bio-signals

* A Telecommunications Engineer develop telephony systems ("Connecting People"), a
Biomedical Engineer develop telesurgery systems that prevent Doctors, in high precision
surgeries, from "Collecting People"!

* A Chemical Engineer drills to take fuel out and circulate it in polluting machineries, A Biomed
pierces to take out tumors and keep your blood circulating in a healthier body
* A Nuclear Engineer can explode a whole city and waste healthy people's life, a Biomed can
explode the tiny stone and make suffering patients enjoy their life

* An Agricultural Engineer design water irrigation systems to the soil, a Biomed design fluid
irrigation systems in your tissue
* An Architect design buildings and statues, a Biomed design Bio-Robots

* You can Date Spouses from any Major, you have the Global knowledge and Studied all Majors
already =PP

* You studied Human Physiology, and enjoyed it to the MAX!!!
* It's hard to get rid of us. We live inside you, through Biomaterials. ^_^

* While We capture a Medical Image for you, you don't have to "Say Cheese" because X-Rays
show all your teeth and more :P
* With X-Rays, We can "take out" your bones and you still alive!

* With MRI, We control your Resonance!

* With Ultrasound, We can know whether your baby who's kicking hard in his mother's womb is
a future football player, or a pretty girl who will kick the arse of guys (Biomeds not included)

* With Biomedical Instrumentations, we build a circuit:
We get a bio-signal from you (though you don't know what does it mean),
We Amplify it (you should practice giving more powerful signals next time, if not still ok),
We process it (hey you can relax and go back home),
We decode and display it so others can further analyze the data we translated



.... my classmates...


it's me!!

ada gaya biomed engineer tak kitorang..haha..
bakal2 biomed engineer..INSYAALLAH..
anyway..hopefully all of us can be a good biomed engineer in future!!..

--5_ _ markah--



emmmmmmm....sudah lama diri ini tidak berblogging..maaplah ye..
seyesly,,mmg xsempat...
naseb hari ni ada masa..

yeay,,hanya tinggal dua paper sahaja lagi..untuk menamatkan First year ni..
hehe..next year dah jadik SENIOR..dah lama xbuli junior ni..haha..
tunggu yep junior!! nanti senior mu ini akan menyambutmu
pada hari pendaftaran yep...!!

fuh!!super duper seriusly amat2 penat exm kali ni..
haih,,tak taulah mcamana utk tahun2 yang akan datang..
harap diberi kekuatan oleh ILLAHI untuk meneruskan perjuangan ini..
insyaallah..

dalam musim exam ni,,macam2 lah perangai yang terjadi di sekeliling kita..
especially diri sendiri..haha..macam2 ragam..huhu..tp yang pastinya memang meninggalkan
sejuta satu kenangan,after graduate (tak sabar nak graduate,haha)
yang saya kata ni berdasarkan housemate2 sayalah..
tak tahulah orang lain macamna kan..
pening kepala,malas,sakit,demam,nak balik rumah,tension..semua ada..tambahan pulak
diserikan dengan pelbagai jenis perangai..
mmg nak gelak ah..masing2 menyupport diri sendiri and satu sama lain..
memang best ah exam kat U ni..
hahaha..
buat pertama kali dalam hidup (tak taulah hidup orang lain)..
markah for paper in exam is 500 marks!!
paling maximum markah untuk satu paper ialah 100 marks..tapi itulah..
fuyoo..mmg bravo lah...
nak tahu kertas exam ape??
haha..sudah semestinya..ANALOGUE ELECTRONICS 1 yang tersayaangg..huhuhu...ada 6 soalan tapi kena jawab 5 soalan dan marks for each question is 100 marks..
cayalah analog!!mmuahh..
walaupape pon..dah buat yang terbaek..
tawakkal and berdoa jelah sekarang ni..
harap2 dapatlah yang terbaek..AMINN..
perjuangan mesti diteruskan..sebab ada 2 paper lagi menanti..
paper DIGITAL ELECTRONICS and ENGINEERING MECHANICS..

setakat ini je dulu ek untuk kali ini..banyak kerja perlu dibereskan ni..
hehe..





Tuesday, February 23, 2010

SURAT CINTA ZAMAN MODEN..

Kekasih,

Dalam kesuraman ultra lembayung tika tujuh bulan menumpahkan cahaya dibawah kaki langit khirmizi, tiba-tiba aku terkenangkan eurika nostalgia cinta lama yang kita palitkan berdua. Kehadiranmu bersama molekul-molekul hidrogen menerjang segala kekusutan yang membelit tali perutku. Dan kehadiranmu itu mengajar aku erti rindu gelora dan shahdu.

Kau juga mengajarku erti cinta, singa laut,beruang kutub, penguin, kambing salji, mee rebus, cendol, koridor, kotak pensil, tali kasut dan pasu bunga.Kala itu, kita bagaikan Nobita dan Sizuka.Kau dan aku umpama Kurt Cobain dan Rafeah Buang yang tidak dapat dipisahkan. Malangnya percintaan yang mendapat liputan meluas hingga ke planet Ziku itu telah mengundang perpisahan yang akhirnya telah mengecewakan seluruh penternak lipan di Burma. Kau pergi jua ketika Kuala Lumpur sedang bersiap sedia menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 1998.

Sesungguhnya perpisahan itu berpunca daripada penebangan pokok getah secara besar-besaran di Lembah Klang. Pemergianmu menyebabkan aku menghidap penyakit resdung dan hepatitis-Q secara mengejut. Ketiadaanmu memaksa aku memakai topi keledar setiap masa sebagai langkah keselamatan. Aku seperti tidak percaya dengan apa yang telah terjadi. Aku bagaikan tergelincir dari orbit bumi dan terpelanting ke ruang angkasa, apabila daya tarikan graviti terhadapku tiada lagi berfungsi setelahaku tersungkur dalam percintaan yang berlarutan hingga ke rubber-set. Seluruh perjalanan hidupku menjadi gelita bagaikan terperangkap di dalam gua yang gelap dan ditemani stlagit dan stlagmit yang bagai sembilu.

Kondominium cinta yang kita bina dari makgat basikal dan kipas helikopter akhirnya musnah setelah kau berpaling tadah. Ternyata sikapmu mulai berubah bila Malaysia mula melancarkan satelit MEASAT-1 ke ruang angkasa raya. Sejak itu kau sering melarikan diri bila terserempak dengan abang iparku. Akhirnya aku menyedari bahawa diri ini tidak diperlukan lagi.

Sejak kau tiada, aku sering menyendiri berbual-bual dengan pokok betik untuk mengisi masa lapang. Kadang-kadang aku mengikat botol oren pada tiang rumah agar nampak lebih cantik. Saban hari aku termenung di dalam peti sejuk mengenangkan dirimu yang entah kemana menghilang. Aku cuba bermain badminton sambil makan mi hailam untuk melupakanmu, tetapi aku tak berdaya. Lalu aku membakar mesin basuh dan membelasah empat ekor itik serati jiran sebelah sebagai tanda aku tidak bersalah.

Mengapa? Mengapa sayang? Mengapa ini semua bisa terjadi? Mengapa setelah kau curi hatiku, kau rompak cintaku lantas kau bunuh cintaku sehingga kau terbunuh dalam kemalangan cinta yang ngeri. Aku bagaikan terhimpit dan dihimpit oleh guni-guni batu yang kau timpakan di atas belakangku. Derita yang kautimpakan itu adalah bebanan yang terlalu berat untuk ku tanggung bagaikan mendukung 75 ekor biawak dan 386 ekor anak beruk. Dan kini segala harapanku hancur berkecai bagaikan aku terjatuh dari Menara Kuala Lumpur dan dihempap oleh Menara Berkembar Petronas lalu tersangkut di celah landasan LRT dan kemudiannya digilis pula keretapi Komuter hingga aku hancur berkecai. Oh! terlalu berat dugaan yang kutempuhi kini.

Kini segalanya telah pun berakhir. Aku sedar siapa aku. Aku hanya insan biasa yang suka makan mi segera. Aku bukan McGyver, McDonald's, Superman atau Kesatria Baja Hitam. Aku juga bukanlah Ultraman seperti yang kau idam-idamkan. Aku menyedari kekurangan diri dan kekurangan kemudahan awam di tempat sendiri. Tak perlu dikesali lagi kerana nasi telah menjadi capati dan tin sardin yang ku genggam ini telah pun luput tarikhnya. Segalanya sungguh mengharukan dan semua hadiah pemberianmu termasuk enjin kapal selam telah pun aku cincang untuk dibuat makanan lembu.

Walaupun segalanya telah pun berakhir, disini, diatas pokok getah ini aku tetap menunggu kau akan kembali. Selagi ada nafas ini, selagi ada kompleks membeli-belah SOGO, selagi ada kedai kasut selipar di sekitar Argentina, selagi kumpulan Metallica tidak berpecah, aku tetap menunggumu sehinggalah mentari terbelah lapan. Namun aku menyedari bahawa penantianku hanyalah sia-sia belaka. Akhirnya aku mengambil keputusan mektamad untuk menunggu tiang elektrik dihadapan rumahku berbuah. kalau tiang elektrik berbuah nanti, aku poskan buahnya kepadamu. Nak tak?